Monday, November 9, 2009

Lama Tak Updet

Hrmmm... Lamanya tak update blog ni
dah bersawang nampaknya

pejam celik bulan Oct langsung tak masuk
Daku terlalu sibuk dipejabat dan jugak di rumah lately

Sibuk dengan kesihatan yang kurang baik...
dan jugak urusan keluarga daku dan keluarga mentua...
Macam2-macam aktiviti terutama masa raya ari tu...

Hmmm cepat sungguh masa berlalu hinggakan daku baru sedar dah hampir setahun putera kesayanganku Aidil meninggalkan aku
Rindu pada dia memang terasa apatah lagi masa raya gi melawat kubur dia

nampak pusara dia bersih..
Rupanya sepupu dia si Ijoy yang bersihkan sebelum kami pergi
kami terserempak Ijoy di tengah jalan..

Lepas tu g kubur Along..

Bila balik ke kg aku melawat lak pusara aruah mak dan Pak..
Hermm semua insan yg aku sayang telah disemadikan buat selama-lamanya
terkadang daku rasa kesepian di dunia ni...
Rindukan Mak... lately setiap malam mimpi mak..

Alhamdulillah aku dikurniakan suami yg penyayang dan mentua yang baik....
Syukur sangat
Dapat lah aku habiskan sisa hidupku dengan kebahagiaan .. sementara menanti tiket buatku....

Kepada Allah aku bermohon agar kami diberi kesempatan dalam kedihupan yang bahagia sementara pelayaran berlabuh..
Amin..