Monday, August 24, 2009

Ramadhan Datang Lagi

Alhamdulillah

masih berkesempatan menraikannya
Dan tahun ini amat bermakna kerana aku lebih bertenaga berpuasa
Lebih bersemangat dan lebih rajin untuk masak

Sebab tahun lepas daku baru habis sanding
Dan pulak tgh mabuk peknenkan Aidil masa tu

Tahun ni lebih bermakna ku rasa
Alhamdulillah daku dan hubby dapat menjalan kan ibadah dengan tenang
Amin..

Sunday, August 16, 2009

Hepi Anniversary-16-08-2008

Harini genap setahun kami bersanding
Pagi-pagi papa bukak lagi Hepi anniversary dinyanyikan oleh Suhaimi Meor Hassan

Kami bekpes kat luar

Harini spend masa bersama di umah..
Masak special utk papa

Monday, August 10, 2009

Nisan Untuk Aidil-Dah Siap

Masa Baru sampai, papa korek lubang


Papa letak nisan yang pertama
Siap pasang
Hujan mula turun, kami terpaksa benti sekejap
HUjan makin lebat
Bila ujan benti, papa pasang batu kedua
Dah siap
Papa tanam rumput
Nampak cantik pusara Aidil
Kemas..
Ni gambar sebelum pasang

Nama Muhamad Aidil Adha bin Mohd Anuar

Dulu Abang Tak Macam Ni

Daku cakap lagi pada abang...
kali ni daku cakap betul-betul.. berdepan supaya Abang faham apa yg nak daku sampaikan..
Abang kene mula belajar urus diri sendiri.. lepas ni kalau mama dah sibuk, abang kene ambil sendiri pakaian semua

Dia pandang aku dan kata.. sambil tunduk
Dulu Abang Tak Macam Ni..

Daku senyum... ya la dah ada isteri yang uruskan semuanya.. dari hujung rambut ke hujung kaki
Dia dah selesa begitu, semua disediakan... lama-lama dia tak sedar yg sebenarnya dia tak mampu nak buat semua tu sendiri
Hidupnya jadi kelam kabut kalau daku tak sediakan semua kelengkapannya

Pagi tadi dia tengah mandi, daku nampak dia letak UW dan stokin siap2 utk dia pakai pagi ni
Daku periksa dan aku dapati stokin tu sebelah lain sebelah lain
Bila daku cakap kat dia.... dia senyum ja
Daku gantikan stokin yg baru

Mungkin dia cuba, tapi agak sukar... rasa payah sangat agaknya..
Adakalanya suamiku ini buat aku ketawa sendiri

Saturday, August 8, 2009

Papa Mesti...

Semalam daku dah siap ambil hand bag nak kuar umah.
Hubby tengah sikat rambut..
Daku tgk hubby mcm masih tak nak kuar umah dan masih tercari-cari sesuatu.

Baru daku perasan dia cari stokin dia
Ya Allah... daku terlupa ambik stokin dia..
Kelam kabut daku letak beg dan masuk bilik cari stokin..
Aku keluar dan lap kaki dia kemudian pakaikan stokin utk dia
Tergerak di hati aku nak pesan
Nanti abang kene la pandai-pandai uruskan diri abang sendiri
Kalau kita dah ada anak nanti, mama kene uruskan baby lagi pepagi, mungkin mama tak sempat lagi nak sediakan pakaian utk papa, dari hujung rambut sampai hujung kaki macam sekarang ni..
Sampai UW dia pun daku kene sediakan, kalau tidak habis dia punggah almari cari UW dia.. Ermm semua baju cari tak jumpa, so mengelakkan dari kucar kacir almari daku, daku siapkan sesiap berseterika supaya dia tak sentuh almari

Hubby bukan lah jenis pemalas, malah memang tugas dia cuci dan seterika baju..
Tapi mungkin kerana sudah terbiasa sejak perkahwinan kami daku yang sediakan segalanya untuk dia, dia dah jadi manja... dan semua nak harapkan aku buat untuk dia..

Semalam pun sama.. cari baju T dia, sedangkan daku dah gitau ada sangkut kat dalam almari
Senyap je dia dok lelama dalam bilik, daku jadi bimbang.. silap2 habis dipunggahnya baju satu almari.. Daku masuk tgk dia tercari-cari dalam drawer.. padahal dalam drawer tu tempat daku simpan tudung... Daku tgk baju tu elok je tergantung dalam almari.. Erm... cemana dia kata tak ada.. sure tak nampak ni..

Berbalik kepada pesanan daku tadi..
Hubby terus kata alah.. sebelum kita kahwin abang buat sendiri semua..
Daku balas balik.. itu dulu...sejak abg dah nikah dengan mama, abang dah terbiasa macam ni.. So just nak pesan... abang kene pandai urus diri sendiri...

Hubby daku senyum ja...