Wednesday, December 31, 2008

Mohd Aidil Adha







Buah cinta kami pulang ke rahmatullah pada malam Aidil Adha
Umi sayang sangat pada Aidil..
Abah pun sayangkan Aidil, tapi Allah lebih sayangkan Aidil
Hanya sempat berada 5 bulan dalam rahim Umi.
Dah seminggu Umi rasa denyutan nadi Aidil dalam rahim Umi

Bak kata Uwan, Pengorbanan Umi dan Abah amat besar kerana mengorbankan anak tersayang di malam Aidil Adha

Benar Allah makbulkan doa umi nak Aidil jadi anak yang soleh..
Nyatanya Aidil telah menanti Umi dan Abah di syurga
Sampai bila pun Aidil tetap dalam hati Umi..
Umi tak sabar nak dapatkan adik untuk Aidil
Amin...

Monday, October 6, 2008

HoneyMoon

Abang dan anak-anak buah bukan main posing lagik
Gambar ni kami amik dalam muzium padi

cantik betul lukisan dalam tu, besar sgt muzium tu, rasa mcm betul-betul kita berada di atas gunung dan menikmati pemandangan sawah padi yang luas terbentang




Ni la mini honeymoon kami yang pertama


Balik dari jalan-jalan di Alor Setar kami singgah di Lata Bayu, tempat perkelahan yang terkenal di kampung aku


abang macam teruja sangat tapi tak boleh mandi sebab baru lepas hujan, air deras sangat..dan kami hanya sempat bergambar je


Monday, September 22, 2008

10 Weeks

Masuk minggu ni buah cinta kami telah berusia 10 minggu dalam kandunganku
Alhamdulillah..

Walaupun aku mengalami alahan yang teruk, aku amat bersyukur kerana semuanya aku mulai dengan bulan yang mulia..

Esok aku dan abang akan ke klinik untuk buat kad merah
Rasa berdebar sebab ni kali pertama

Sebelum ni kerapkali aku ke klinik swasta sebab alahan yang teruk ni
Doc ada bagi ubat, aku makan ubat angin, supaya nak elak muntah
Namun ianya tak berkesan jugak sebab aku mmg akan muntah jua..

Dengan pengalaman ini, aku rasa ianya adalah pengalaman paling mahal sepanjang aku menjalani kehidupan dumuka buni Allah ini..
Aku merasai betapa nikmatnya bakal menjadi ibu..

Nyata kasih sayang suami makin bertambah
Dan aku amat manja kini..
Adakalanya mabuk dan alahan ini buat aku rasa bersalah pada abang
Aku seakan kurang memberi layanan padanya

Alhamdulillah kini aku macam dah biasa dengan alahan ni, dan aku cuba menjadi isteri dan ibu yang baik buat insan-insan yang amat aku sayangi

Wednesday, September 3, 2008

Alahan...

Hari ni dah masuk 7 minggu aku mengandung

ermm alahan teruk

semalam Mc sebab x larat sgt nak bangun
abang pulak keje
masa bukan lagi milik kami
aku kena pandai2 jaga diri agar aku boleh survive sendiri

petang ni macam ingin nak makan ikan bakar
balik nanti nak buat la
harap2 ada ikan kat kedai dekat umah tu....

nak masak dan makan sedap2
agar kandunganku sihat dan cergas

Tuesday, August 26, 2008

21.08.08

Sekembalinya ke KL lepas majlis persandingan
aku rasa diriku amat lemah
tak berapa sihat dan rasa lain macam
mulanya rasa macam ni mungkin sebab keletihan semasa menguruskan majlis perkahwinan
21 Ogos, pegi klinik dan buat check up

Doctor mengesahkan aku telah mengandung
Alhamdulillah.. syukur tak terhingga pada Allah

Kandunganku berusia lima minggu masa tu

Suami amat gembira
dan mulai hari tu dia amat prihatin dan kasihkan ku
Tak bagi buat apa pun kerja umah, semua dia yg buat
dan menjagaku penuh kasih sayang

ermm best juga jadi org peknen ni
tapi ... aku alami alahan yang teruk
loya, pening dan muntah setiap ketika

sabar .... dugaan untuk menjadi seorang ibu..

Majlis Persandingan Kami












Pada 16 Ogos 2008




Majlis Persandingan kami berlangsung dengan meriah sekali




Tetamu yang ramai datang x menang tangan dilayan




Semua saudara dan org kampung beri komitmen yang padu








Aku bertungkus lumus siapkan kerja2 akhir utk menjayakan majlis ini




dan gamba2 kenangan di hari bahagia kami






Saturday, August 9, 2008

9.8.08

Harini tak sabar dah
sebab lagi seminggu saja majlis persandinganku
So amat berdebar hatiku ini

petang ni akan balik kampung dengan abang
kami bawa banyak barang2
harap sampai dengan selamat

8.8.08

Hari ni adalah hari yang amat bermakna buat aku
sebab :

1. Tarikh yg sangat baik
2. Drama aku kuar kat TV2- Tajuk Titik Terakhir
3. Adik dah bagitau dia dapat balik untuk kenduri

Erm...

Hepi sgt...
harini siapkan keje untuk minggu terakhir sebelum g cuti panjang
yahuuuuuuuuuuuu

Thursday, August 7, 2008

Hari Yang Tak Best

Sejak semalam aku rasa x best sebab adik takd apat balik kampung..
Sedih dan sebak
bila balik umah.. abg buat tak tahu saja


Malamnya aku loya dan muntah
Abang buat dek..
tak tau la kalau perasaan dia terganggu tapi aku amat berkecil hati
sebab sebelum ni dia tak macam ni

Sedih dan sebak..
Sampai ke hari ni
Apalah nasibku..

Monday, August 4, 2008

Kari kepala ikan


Malam ni abang masak kari kepala ikan (tenggiri)

sedap betul makan..

Weekend Yang Sibuk

Weekend ni satu2 nya kami terlalu sibuk, sebab abg dtg dr kampung
kami menguruskan kakak ipar mendaftar di sekolah di Ulu Langat

Apa lagi kalau dah pergi tempat buah-buahan
Makan durian, rambutan, manggis dokong

sedap sgt
dari khamis sampai ahad asyik berjalan-jalan dengan mereka

rasa sungguh seronok.. sebab selama ni kami berdua ja
apabila ramai dengan family rasa meriah..

Last2 balik semalam penat sgt..
tapi tak nak ikutkan hati.. terus cuci pinggan mangkuk, cuci baju.. dan kemas rumah
walaupun abang terbaring kepenatan..

Rasa lega bila tengok rumah kemas dan rapi..

Thursday, July 31, 2008

Ermmmm

Tak tahu nak tulis apa harini
Abang pergi Johor harini...
Balik nanti abang takde kat umah
mesti rasa sunyi..

erm..... erm....windu...

Wednesday, July 30, 2008

Frame Cermin



Malam ni bantu abang gantungkan frame dan cermin.

Dah lama frame tu tak bergantung

Akhirnya impian terlaksana..

Dan rumah kami jadi tambah berseri

Monday, July 28, 2008

Gusi Bengkak

Semalam sampai dari kampung
Dalam perjalanan, sakit sangat gusi sebab bengkak..
Bila tengok kat cermin, warna biru gusi

Gara-gara panas waktu buat stock take,..

sayang tak berani makan duyan sebab suhu badan dah panas
Balik umah MIL, punya la sedap tgk duyan, abang makan dengan seleranya..

ermm... jeles dgn abg.. dia boleh makan apa saja.. takde apa-apa elergik..
smalam buat macam-macam x tahan jugak.. dah kumur air garam, berus gigi semua tak jalan

at last jumpa pain killer
terpaksa makan sebab terlalu sakit

Sian abang..
dia kemaskan semua barang-barang yg dibawa balik dr kampung..
Dia masak utk dinner dan makan sendirian
Aku??? dah terlentok depan tv

sedar-sedar dengan alunan ngaji dr Tuan Guru Nik Aziz. syahdunya..sampai buat aku terjaga dr lena

Abang tgh surf internet.. ada You tube Tuan guru tengah mengaji..
kejap kemuadian baru abg ajak masuk tidur dalam bilik..
letak je kepala.. terus lena.. sampai la pagi ni

dan.. dah datang opis pun. badan masih lemah lagi..

erm... aku perlu amik suplement.. utk kuatkan badanku.. sebelum bersedia untuk peknen...

Kalau tidak.. mana boleh harap abang buat semua kerja kat umah..

Friday, July 25, 2008

Poster


Saja-saja gatal tangan buat poster camni

Balik Kampung

Petang ni rasa penat sangat sebab banyak kerja
sejak pagi tak duduk diam..

Asyik sibuk saja

Kena siapkan semua sebab esok ada stock take, tak sempat nak buat kerja ofis lagi
Nak balik sharp pukul satu seba nak balik kampung hubby.

Tak sabar rasanya nak balik kampung..
Seronok dengan suasana kat sana
Apatah lagi musim buah sekarang ni..MIL selalu tanya bila nak balik

Dah minta abang bawa ronda-ronda kat pekan Moncheh..
yuhu... bestnye..

Monday, July 21, 2008

Debaran Sanding

Hari ni tak sampai sebulan lagi kami akan sanding
Banyak lagi persiapan yg kami perlu buat
Debaran demi debaran kami harus lalui
InsyaAllah akan ada penyelesaian

Kene sabar dan tenang
supaya jiwa akan tenteram..

Wednesday, July 16, 2008

Hari Yang Suram

Pagi ni bangun pukul 6.00am, rasa sakit sangat perut
Bagitau abang, tak larat nak pegi keje .. nak mc je rasa
Erm... sakit..

Abang sediakan nasi goreng dan bekpes dengan ayam merah semalam.
Sedap..
Dah makan pain killer yang power tu..
sekarang dah ok sikit..
Jap lagi nak kuar pegi klinik.. nak ambik MC

Tuesday, July 15, 2008

Hidangan Istimewa


Malam ni abang masak special..

Tengah leka menaip.. terhidu masakannya.. rasa sedapnya...

Aku Terima Nikah Nya

Aku Terima Nikahnya......
Berdebar-debar tau.....
Dah Sah... Dia Milikku..

Tanda Cinta


Inilah tanda Cinta Kami

Debaran Menanti


Debaran Menanti saat diijabkabulkan


Hari Yang Terindah

Pada 03.05.08 adalah hari paling bersejarah dalam hidup kami.
Kesetiaan dan ketulusan cinta kami terbukti pada hari ini
Dengan lafas suci, kami disatukan dan sah menjadi suami isteri
Sungguh bahagia hari itu apabila dikenangkan
Terasa bagaikan mimpi.. aku telah menjadi miliknya yang sah
Dapat kurasakan kebahagiaan memulakan hidup bersama insan yang amat kusayangi

Tenanglah hati

Allah itu maha mengasihi
sebab tu Dia bagi ujian ini
Harap sabar, tenang dan tabah..
Kita hadapi bersama segalanya..

Asalkan kita bersama.. kita pasti akan teguh
Berdiri tempuhi dugaan ini..

abang..

Sayang senantiasa bersama abang ya..

Petang Yang Dingin

Petang ni rasa dingin sangat..

Seperti selalu, bila time nak balik saja, aku amat rindukan dia..
Erm.. apa lah yang dia sedang buat....
Tak sabar nak jumpanya nanti...
Nak memadu cinta kami semula..
Melepaskan rindu seharian..

Aku terlalu romantik dan manja katanya
Adakalanya hatiku terguris sendiri..
Aku tahu dia amat mencintaiku
menyayangiku sepenuh hati

Namun bagai terhukum akan sumpahku
Menjadi isteri yang redha dan setia..
Rupanya menuntut lebih dari pengorbanan..
Aku tak rela kehilangannya..

AqyraCintaku

Aku ingin bersamamu..
Selamanya...

Cinta Abadi

Hari ini aku ingin mengabadikan memori indah bersama insan yang tersayang..
Sesungguhnya kebahagiaan itu adalah harta yang amat bermakna dalam hidup semua insan

Dimana juga berada, insan mahukan kebahagiaan..

Kebahagiaan di sana yang kekal abadi..