Tuesday, August 26, 2008

21.08.08

Sekembalinya ke KL lepas majlis persandingan
aku rasa diriku amat lemah
tak berapa sihat dan rasa lain macam
mulanya rasa macam ni mungkin sebab keletihan semasa menguruskan majlis perkahwinan
21 Ogos, pegi klinik dan buat check up

Doctor mengesahkan aku telah mengandung
Alhamdulillah.. syukur tak terhingga pada Allah

Kandunganku berusia lima minggu masa tu

Suami amat gembira
dan mulai hari tu dia amat prihatin dan kasihkan ku
Tak bagi buat apa pun kerja umah, semua dia yg buat
dan menjagaku penuh kasih sayang

ermm best juga jadi org peknen ni
tapi ... aku alami alahan yang teruk
loya, pening dan muntah setiap ketika

sabar .... dugaan untuk menjadi seorang ibu..