Friday, February 27, 2009

Sabar

Selalunya aku minta org2 disekelilingku bersabar
Tapi hari ni mereka pulak yg nasihatkan aku sabar
Erm.. terpikir jugak untuk apa sabar ni sebenarnya?
Sabar sampai org ketuk kepala kau sampai ke lantai ke
erm..

apapun aku dah nekad.. aku nekad dengan keputusanku
aku perlu plan betul-betul supaya semuanya berjalan lancar
Aku akan buat sampai impian aku berjaya
Dan aku akan buktikan KESUSAHAN dia bila aku tak ada nanti
Baru dia rasa
bukan dendam tapi penguat semangat utk daku berjaya

Pakai Kasut


Pagi tadi en hubby kata

Padan Muka Sayang...
Selalu kene pakaikan stokin je
Hari ni kene pakaikan kasut utk abang
Aku kata balik..
Apa lak..sayang dapat pahala lebih..
Jenuh la dia nak cari apa lak yg dia kene wat utk balancekan kelebihan daku pakaikan kasut
Dia kata esok lusa, pakaikan baju abang lak..
Abang macam baby..
Gambar kasut ni daku amik dr satu blog FUDZAIL

Thursday, February 26, 2009

Suamiku Cemburu

Hehehehe

daku leka dok godek blog
dia tgh iron baju

tetiba je dia masuk bilik
jenguk laptop
alamak?

nasib baik sempat tutup window dan buka WMC
Nape ek.. selama ni dia tak kisah aku buat apa
huahuahua mesti dia terpk apa yg aku buat..

Udang

Tadi org kat opis bagi aku udang segar amik dr laut
Laut Selat Melaka kut.. hehe
dr Kuala Selangor ler..

Aku berkobar2 nak soh en hubby masak
Dia plak nak diet
erm.. sudahnya aku simpan dalam peti

Bawang


Menanti Subuh..

Setiap Pagi abang akan bangun kul 5.00am
Dia akan gi keje kul 5.30am

Aku.. takkan tido balik lepas tu.. aku buat le apa-apa keje
godek blog ke, buat skrip ke mende ke
Menanti Subuh..

Pastu 6.30 aku akan siap2
Kul 7.00am aku turun tunggu teksi nak g keje
Bayangkan? gelap lagi aku dah kuar umah
Nak cari sesuap nasi..
Sedangkan aku masuk kul 8.30
Selalu 7.40 camtu daku dah sampai
Daku lah yg akan buka gate dan pintu opis..
Pekerja contoh ke aku ni??

Mana ada contoh.. sebab ada org lain yang lebih baik
Tapi aku susah sgt nak benti keje di sini
sebab? dah lama giler daku keje sini
dari tahun 2001 beb..
Hrmm..bila la aku nak benti..
(apa yg aku merepek-tak releven dengan tajuk)

Kurus Ker?

Erm.. Pagi ni masa daku pakaikan stokin untuk abang,
Dia sentuh dada daku
Dia kata makan ler banyak sikit...
Ni nampak tulang rangka..
erm... daku ni berusaha makan tapi biasalah..
daku mmg tak lalu makan..

selalu nak makan yang pelik-pelik tapi ..
sudahnya aku makan sikit, dia yg habiskan..
Erm... daku mmg tak lalu makan
Makan mi goreng pun tak habis
sudahnya dia yg habiskan
sebab tu dia makin temuk..
Her her her

Wednesday, February 25, 2009

Tunggu Abang Balik

Erm... Lambatnya rasa tunggu abang balik..
Abang balik lambat..
Pastu dia tak bagi aku masak..
sebab dia tak nak makan malam.. dia kata dia dah gemuk sejak nikah dengan aku hehehehehe

Serba serbi terjaga mestilah gemuk dan montel kan?

Monday, February 23, 2009

Lama Tak Tulis

Sejak dua menjak ni tak menulih sebab daku sibuk tulih blog yg baru .. hehehehe
Bukan lupa cua xsedar jerk heheh
takde apa yg menarik cuma aku tetap sayangkan hubby

Saturday, February 14, 2009

Skrip Lagi..

Aku terasa penat betol.. semalam TS Jefry kol lagi.. nak suruh aku pitch citer Merdeka isnin ni lps aku pitch utk papa..

Ya Allah.. aku kering idea..
aku penat


td kat opis pon penat giler
ni kat umah aku dok wat sinopsis manjang
Baru siap utk hari Bapa utk Papa Rawi..baru emel kat dia..

ni nak cari bahan utk TS Jefry lak

Kalau la dapat semua projek ni.. mmg la kaya raya aku..

Friday, February 13, 2009

Penat..Tido

Harini aku keluar kol 7.50
Gi RTM
Punya la penat perjalanan aku

aku balik tido je..

Semalam 12.2.09

Semalam aku tak sempat nak update
aku balik keje half day nak g rtm
Alhamdulillah aku success pitching dgn Papa & Mommy

Wednesday, February 11, 2009

Rezeki Yang Datang

Harini aku dah apply cuti untuk esok, lusa dan isnin
Semuanya sebab nak pitching di rtm
Beberapa hari kebelakangan ni aku dikejar produser meminta aku buat sinopsis untuk pitching rtm,

Tadi dapat call dr TS Jeffry, dia nak aku buat cerita wanita dan kemerdekaan

Aku bukan tak nak buat tapi macam dah kering idea sangat. Lagi pulak produser yang call ni semua Pak Ndak yang rekomen..
Aduuu kalau aku tolak melibatkan Pak Ndak pulak sedangkan aku baru nak mencari-cari tapak dalam bidang ni..

Nak tak nak aku terima juga dengan berat hati..
Aku setuju nak buat cerita Wanita bekerjaya..
padahal kepala otak aku kosong siollll

Ya Allah Ya Tuhanku turunkan lah ilham buatku agar dapat aku pitching dengan presentasi menarik hati pegawai2 RTM..
InsyaAllah membuka rezekiku dan juga produser2 yang aku mula kenali..
Amin..

Selamat Hari Lahir Abang


















Harini Hari Jadi Abang,Semalam balik keje dalam susah payah aku cari hadiah untuk abang
Pastu aku beli kek untuk abang,Ni kek dia
Abang nampak gembira sekali menyambut hari jadi.
Katanya ni first time dia tiup lilin.. hehehehe
Mungkin first time dengan aku la agaknya, sebagai suami isteri..

Monday, February 9, 2009

Kenyang...







Kering Idea

Aku jadi kering idea dan pening kepala bila satu sinopsis pun tak siap lagi untuk PapaRawi.. bengang betul aku

Apsal aku jadi seteruk ni..
adoiiii

Ya Allah.. bagi la aku ilham..
Sampai malam pun tak tau nak tulis apa

tadi PapaRawi SMS bagitau Khamis ni kene pitching
aduh...

Honeymoon di Rumah

Harini abang OFF, jadi aku bangun pagi-pagi untuk sediakan bekpes.. buat cokodok je.. ehehehehe..

Pastu aku bermalas-malasan menggoda abang.. Saja je .. sebab dah dua hari aku merajuk dengan abang.. dia marah bila aku gurau dengan dia. (ekceli tak marah pun,) biasalah aku ni terkejut kalau dia tinggikan suara sikit kat aku..

Petang sikit aku dan abang kuar gi Tesco
beli lauk sikit utk stok seminggu..
Barang dapor semua dah beli minggu lepas..
Abang belanja makan KFC.. ermm sedap.. balik tu beli jagung rebus..

Kami happy sangat harini..
Bahagia sayang menjadi isteri abang..
Ya Allah.. kami mohon padamu kekalkan kebahagiaan ini hingga ke syurga..

Dan kalau boleh nak cepat dapat baby..
Erm.. rindu saat mengandung.. Indah sangat..

Sunday, February 8, 2009

Hari Yang Bersemangat

Hari ni aku bangun kol 4.30 sebab aku ingat belum gosok baju kekasih aku.
Bila dia dah gi keje aku tak tido balik, aku dok buat blog utk aku meniaga
entah la kenapa aku pun tak tau sejak dua menjak ni aku jadi bersemangat sangat dan tak boleh tido malam. Asyik fikirkan planning untuk aku buat.
Mungkin selalu bincang dengan adik aku pasal nak cari side income kut, jadi semangat waja.. hehehe

Smalam pun masa aku makan dengan kekasih di kedai mamak, Pak Ndak penulis skrip terkenal, kol, dia sembang pasal pitching kat RTM yang akan panggil dalam masa terdekat

Aku pun pening sebab aku masuk 6 ke 7 drama aku pun tak pasti..
Pak Ndak kata dia masuk berbelas-belas.. sebab tak mampu nak tolak produser mintak..

Erm... dia tanya ada tak Pelakon Kuna tu kol aku?
mungkin Kuna la yang kol petang tu.. aku biasa la kalau dapat panggila dari nombor yang aku tak kenal.. aku angkat je x nak cakap atau line problem malas aku nak layan..

Mungkin dia kut

Sebab Pak Ndak yg bagi nombor telefon aku kat dia.. sama lah macam PapaRawi dari compeny Sekutu Saujana.. dia kol aku hari khamis..
Lani aku tercongok lagi depan laptop
tak tau nak buat cerita apa...

Saturday, February 7, 2009

Penat...macam peknen


Dari semalam aku rasa badan ni penat je.. rasa macam masa mula-mula peknen dulu.. entah la kenapa...tak masak pun hari ni
aku buat mi hailam untuk makan sendiri

sudahnya aku tidur sepanjang petang..
Malam pun tak masak.. abang belanja makan nasik goreng kerabu
Tapi malam ni aku merajuk... hehehe

Monday, February 2, 2009

Ilham dan Ketenangan

Hari ni nak mula dengan hidup baru, tenangkan hati
semalam sebelum tido abang bagi nasihat panjang lebar supaya hidup dalam ketenangan..
Usah di serabutkan fikiran dengan segala masalah atau perkara yang tak penting dalam kehidupan

Aku cuba mulakan hidup baru dengan doa dan harapan
Keputusannya seharian ni tenteram sungguh...
Lega.. rezeki dan offer skrip mencurah-curah.. Alhamdulillah..

Hati dan kasih pada abang makin kuat..
Mungkin inilah dikatakan keberkatan..
Terima kasih abang..

Sunday, February 1, 2009

Hari Minggu Di Rumah

Hari ni abang cuti.. dok rumah je
aku pulak kene siapkan skrip telemovie ni
ermm... sikit lagi je nak siapkan
untuk dapatkan mood, aku suka merayau ke internet.. pastinya aku dapat satu mood..
Alhamdulillah.. bukan senang nak dapat mood percuma macam ni..
Thanks sebab bagi aku mood.