Wednesday, April 29, 2009

Pasar Tani


Semalam daku ke pasar Tani mega di BK 5


Wow banyaknya sayur kampung dan ulam-ulaman kat sana

Ikan pun murah-murah


Daku beli ikan merah satu slice, bendi, cili, ikan gelama jeruk, pucuk pegaga, buah kuini, pisang dan buah oren


banyak nye aku beli


Daku masak kari ikan utk suamiku

Monday, April 27, 2009

Rokok... Rokok.. Rokok..

Abang ni.. asyik je hisap rokok

Tapi sekarang dia dah tak smoke depan aku lagi
Kalau nak hisap dia akan keluar dari umah, hisap kat balcony..
Kalau keluar pon dia akan hisap jauh2

Itu janji dia pada aku

Masak

Laksa dimasak waktu petang.. tinginnn
Udang Sweet Sour

Ahad 26 April 2009




Dok umah sensorang sebab abang keje




Masak sebab nak makan.. laparrrr.. ak boleh tahan walau sekejap pun




Saturday, April 25, 2009

Muntah

Entah kenapa la mama pagi ni
asyik muntah saja
Dah le semua bekpes tadi dah kuar

ni rasa lagi nak muntah

Asyik pegi toilet jerk

Awal...

Harini macam biasa kejut abang bangun kul 5
Tapi bila abang dah siap mandi, dia masuk balik dalam bilik
Kejutkan aku suruh bangun, dia ajak sarapan kat kedai
Sellau aku akan bangun lambat
Abang kata Jom La.... kita bekpes sesama....

Erm... daku pun bangun dan mandi
Masuk je dalam bilik mandi
lepas gosok gigi... macam biasa
Daku dah setat muntah tak berenti
Daku fobia dengan ubat gigi yang ada extra cool mint tu

Kenapa la abg beli ubat gigi yg ada extra mint
Aku boleh rasa ubat gigi tu dah menguasai seluruh mulut aku sebab tu aku muntah
Sampai aku dgr suara dia dari luar panggil aku
Sebab dia dengar sound aku muntah lain macam

Memang teruk giler...
Padahal hanya kuar air liur jernih tu je, tak kuar mende pon...

Erm.. Pastu siap2 kami makan mi goreng
Tak habis pulak sebab perut aku sebu
Kami naik bas 506 turun kat bintang
aku amik teksi pegi opis
sampai opis kul 7.00am
awal siott Pekerja cemerlang la aku ni

Abg sms tanya dah sampai ke
Aku balas baru je sampai dan tanya dia dah dapat bas?

Abang baru dapat bas 69

Okay....
Sampai opis sempat la aku masuk blog yg usang ni
hehehehe

Tuesday, April 21, 2009

Hari Jadi

Hari ni adalah harijadi aku
erm.. tak ada yang istimewa sebab aku terkenangkan arwah Aidil yang sepatutnya aku lahirkan dia harini
Semalam jam 11.30 macam tu abang dah wish dengan kiss, dia kata abg tak sempat nak tunggu kol 12 sebab dah ngantuk sgt..

Aku pun hepi je.. dia bisik kata takde hadiah istimewa
Aku kata dia sebenarnya dah hadiahkan aku something minggu lepas tapi dia lupa..

Dia kata tu tak special..
Aku kata dah lebih dr special
Yang penting kasih sayang dia padaku...
Erm.. kebahagiaan tu tak dapat di beli dengan sesuatu 'hadiah' yg mahal..

Aku bahagia menjadi isterimu abang

Thursday, April 16, 2009

Emergency Leave

14 dan 15 April daku tak gi keje
Daku amik El dua hari
abang pun terpaksa cuti tak keje
daku dapat hadiah.. istimewa sepanjang hidup aku tak pernah dapat hadiah semahal tu dr abang

Terima kasih abang.. walaupun lum sampai harijadi abang dah bagi hadiah

dah berpuluh tahun aku idamkan.. tak la mahal dr segi nilai RM.. tapi dr keikhlasan hati abang tu..
Thanks a lot

Wednesday, April 8, 2009

Nak Jadi Suri Rumah..

Aku terfikir nak jadi suri rumah sepenuh masa..
Duk kat umah sambil menulis..
Boleh siapkan keje rumah dengan teratur..
Tak lagi kelam kabut macam sekarang ni
sudahnya kepenatan..

Tapi aku takut akan bosan, sebab abang balik lambat
Almost whole day waktu siang abang tak ada..

Ermm.. Mungkin selepas aku ada baby nanti boleh la.. kan..

Ataupun aku dapat satu projek skrip yang kukuh .. so aku ada banyak tugas nak buat di rumah..

Agak-agaknya bila ya..

Tuesday, April 7, 2009

Abang Marah..

Kelmarin abang marah daku sebelum tidur
dia membebel panjang sebab daku tak sembur Sheiltox sebelum tidor
Daku dah le tidor awal.. kol 9.30 daku dah lena sebab daku bangun awal.. 4.45 macam tu...nak kejutkan abang dan siapkan abang gi keje...

So daku terlena dan lupa nak sembur sheltox
dia marah dan bebel
daku kecik hati bangun sembur dan terus tido
abang ketawa dan peluk daku, dia kata dia tak marah hanya main2 saja tapi kenapa aku manja sangat
Daku nangis kuat2...
teruknya daku.... macam tu pun nak nangis...
Tapi tu la.. abg tak pernah tinggikan suara daku jadi takut...

Thursday, April 2, 2009

Musuh..

Kenapa org suka bermusuh atau cari musuh..
Harini daku terasa sgt psl orang yg suka menikam dari belakang..
Adakah sebab dia nak lepaskan tengkuk dia kenakan org lain?
atau dia nak cari publisiti murahan? Nak glamour.. Nak nampak baik?

Bagi aku la.. org macam ni hanya memasang jerat untuk dirinya sendiri..
Erm.... nanti kau terjun dalam lubang kubur yang kau korek sendiri..
Nauzubillah..