Friday, July 31, 2009

Anemia Tahap Serius

Daku pegi check up pada 28 july lepas
tahap Anemia daku makin kritikal
daku pun jadi panik... dan kene dengar ceramah nurse dan kemudian doctor pulak

daku kene tukar ubat.. amik ubat yang lebih bagus dan kene makan double
supaya dalam masa sebulan daku dapat build sebanyak mana darah yg boleh

Doctor bagi penerangan bagaimana jadual diet dan cara amik makanan yg betul
Daku diberi pamplet supaya lebih paham

Sejak tu daku makan ubat dan jaga pemakanan aku
tapi kekadang daku rasa pening gak

Hubby membebel sebab dia slalu kata daku tak nak makan

daku tak mo gemok, daku takut bila makan byk berat badan naik
Dia bertambah bebel dan kata mana daku akan gemuk,, kalau makan pun takut

Monday, July 27, 2009

Sanding


Ni la satu2 nya gambar sanding yg aku letak kat blog
Bukan main sengih Kak Ni menepung tawar

Melaka Melaka



Masa Bersalin Kat Aidil


Daku jumpa lagi gamba

ni masa bersalin kat Aidil

Gambar


daku godek-godek Pc terjumpa gambar ni
macam pelik je
gambar aku dan pa pegi Melaka.. masa ni daku dah penat sangat jenjalan ni
sakit dah kaki daku.. Tapi pa masih ceria

Al-Fatihah Buat Kak Min


Aku terkejut dengan berita kematian Yasmin Ahmad
Bagi daku sia seorang yang baik budi bahasa dan tidak sombong
Rasa macam baru je berjumpa dan bersembang dengan dia
masih aku simpan SMS kata perangsang dan semangat utk aku menjejaki dunia penulisan yang mencabar ni

Dia telah kembali ke Rahmatullah..
Al Fatihah buat aruah dan moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya
Dan diempat kan bersama insan yg dicintai Allah

Biar apapun tohmahan dan ada yg tidak suka dengannya dan hasil filemnya
bagi aku dia hanya masnusia biasa yg tak lepas dari melakukan kesilapan..
Sama lah dengan aku dan insan lain yang tak lepas dari dosa
Lebih baik muhasabah diri dari mencari kesilapan orang lain
Wallahualam

Saturday, July 25, 2009

Ayam Goreng Kampung

Betul ke ayat tu atau pun ayam kampung goreng

sabtu lps en hubby bawk daku makan ayam goreng ni kat USJ
harini aku tak lalu nak makan bende lain kecuali nak ayam kampung je

bayangkan daku leh tahan tak lunch sampa kul 7
Lps amik dia balik keje kami terus g kedai tu
makan nasi dengan gulai kawah dan ayam goreng nih
pastu tapau lagi dua ketol
dah habis daku belasah malam ni
kekenyangan..

tapi malam ni en hubby tgk bola
daku mcm nak tgk drama.. biasa lah.. mmg takde can...
biar lah dia tengok TV daku leh godek blog daku ni

Tuesday, July 21, 2009

Manusia yang Alpa

Daku terfikir ada manusia yang leka di ulit duniawi.. sibuknya mereka mengejar kekayaan dunia, kemewahan dan kebanggaan dunia.. Sehingga ada di antaranya yang berlumba-lumba untuk menyakitkan hati insan lain walaupun insan tu langsung tak ada kaitan jauh sekali melakukan dosa pada mereka..

Bila daku terbaca... daku jadi jatuh simpati pada mereka yang bermasalah dan terus terusan menjerumuskan diri dijebak masalah itu bersama golongan yang bermasalah sepertinya
Kasihan..

Sebab tu la orang tua-tua pesan.. kalau berkawan dengan anjing, akan terikut-ikut perangai anjing..
Ada kebenarannya kerana daku selalu berforum dengan kawan-kawanku di SPM, kami berkongsi kisah kehidupan dan kebahagiaan bersama suami dan cahayamata..
Apa yg kami miliki kami kongsi kegembiraan bersama teman-teman yg kami sudah anggap seperti adik beradik

Walaupun daku belum pernah jumpa kesemuanya dengan mereka, daku dapat merasakan ketenangan hati dan kehidupan yang makin bermakna dengan dorongan dan sikap kami yang saling ingat mengingati dan memberi sokongan antara satu sama lain

Berlainan sekali dengan yang daku terbaca.. sungguh kasihan kerana yg memberi nasihat adalah sokong membawa rebah.. makin rebah dan hanyut la di antara teman-teman mereka...

Mintak lah dijauhkan insan-insan seperti ni..
Bukankah andai ada masalah kita kembali pada Allah kerana setiap ujian dan dugaan yang Allah beri adalan tanda kasih sayang Allah buat kita??

Erm... Alhamdulillah dalam kelompok kehidupan dan persekitaranku tiada insan seperti ini
Mintak dijauhkan dari kehidupanku ... dan sahabat-sahabatku
Amin..

Monday, July 20, 2009

Menangani Stress

Pagi tadi, subuh-subuh buta suami memberi ceramah kepadaku bagaimana menangani stress..
Daku kagum dengan dia yg penyabar dan tenang je dalam apa jugak hal.
So daku mintak lah sikit tips dari dia
Punyalah panjang lebar dia bagi ceramah..
Antaranya.. kalau kita rasa tension tentang suatu perkara atau orang..
Jangan bercakap pasal org tu atau perkara tu.. Cakap atau sebut bende atau hal lain yang menyeronokkan

Daku ni kalau tak suka apa perkara siang malam dok ingat tu la
patutla daku stress
Dan lagi hubby kata, hidup kita di dunia ni tak lama..
Jangan habiskan dengan memikirkan bende2 yang tak bes
Ermm betul jugak
Daku ada dapat info pasal Aura ni
Orang akan kehilangan aura diri kalau asyik berfikiran negatif dan jugak kalau asyik buruk sangka kat orang, dengki dsb
Alhamdulillah daku takde lah sifat begitu sebab daku tak suka amik pot hal org
cuma daku tensen bila kene marah dengan boss..
Suami kata lagi sebenarnya daku yg menang sebab daku tak kalah dengan provokasi boss daku
Erm.. suami aku ni boleh jadi motivator la....

Friday, July 17, 2009

Hubby Yang Penat

Abang keje all out.. manjang OT
Dia penat daku pun penat sebab tgh2 malam nak kene g amek dia kat tempat keje.

Tapi daku happy tgk dia happy
Apa aku nak cakap lagi... daku ngantuk actually

Emak.....17.07.2002

Hari ni genap 7 tahun mak meninggalkan kami

Namun daku rasa mcm semalam je berlalu, masih daku ingat masa ni kami baca yasin di kaki lima hospital Sg Petani- ICU- (Hospital tu dah takde sekarang sebab dah buka spital baru)
Mataku rasa ngantuk sgt sebab malam tu daku tak tido, daku drive sendirian balik, jumpa doc. Doc gtau emak dah takde harapan..
Daku sedih.. sekelip mata emak dah tak ada

Daku rindukan tawa dan bebelan emak... daku rindukan masakan dia yg sedap
Daku rindu nak peluk dan cium dia

Pejam celik dah tujuh tahun berlalu.. Dah lama.. tapi daku tak lupa tarikh ini..
Sejak emak pergi daku jadi insan paling sepi dalam dunia ini...
Daku tak ada sesiapa pun
daku jadi begitu rapat dengan adik.. kemudian adik lak kawen

daku amat sepi

Tapi Allah tidak lah kejam.. Allah dengar doaku yg tinggi menggunung
Daku ditemukan dengan suamiku
Suami yang amat penyayang dan amat mengasihiku
Dia lah yang memberi ruang nafas ke ronggaku agar terus hidup..
Daku amat sayangkan Papa..

Thursday, July 9, 2009

Along Dah Tak De

Senin lepas daku dengan penuh semangat nak g opis sebab daku ada bawak bekal byk buah-buahan yg dibeli di Giant hari sabtu tu..

Sampai je dekat area opis, adik suami (Man) kol bagitau along tengah nazak
Kami patah balik, bergegas balik ke N9.
Sampai je daku kesian tgk along yg bertarung dengan nafasnya nak bernafas..
Daku cakap kat hubby, jom bawak along g spital, at least doc leh bg oksigen dan tambah air
MIL berkeras tak nak bawak, kami pujuk dia hingga dia setuju

Daku dan hubby g hospital dulu panggil ambulan datang bawak along
Sampai kat spital, Along dibawa masuk ke Emergency Room..setelah doc check doc suruh bawak balik sebab doc kata Along dah tak lama lagi

Daku kesian dengan MIL dan Angah yg rapat dengan Along sebab depa yg jaga Along masa sakit
Akhirnya kol 6.50pm Along melepaskan nafas terakhir sengan susah payah, meninggalkan dunia yg fana
Daku terkenang detik daku hadapi semasa ibu meninggal dulu. Kesian daku pada MIL. Daku peluk MIL, dakap dia erat agar MIL redha dengan pemergian Along. Allah pun sayangkan Along, dia tersiksa tak lama. Nazak pukul 6am sampai 6.50 pm Dah kembali ke Rahmatullah

Ini merupakan kematian kedua dalam keluarga hubby setelah pemergian Aidil bulan doblas tahun lepas iaitu anak aku le ..

Sebelum ni hubby kata depa belum penah rasa pemergian org tersayang
Beza sgt dengan aku
Kisah hidupku penuh kepedihan dan kehilangan

Saturday, July 4, 2009

Anemia..

Sejak daku kene anemia, kepalaku kerap pening
nak pitam..
Harini muntah pulak..
Erm.. smalam papa belanja makan kerang rebus
makan la jugak even org kata kerang mungkin ada bakteria
pastu makan jugak hati

tapi daku takmo amik selalu, ada yg kata makan brocoli boley tambah darah, daku nak beli la jap lagi balik keje nak singgah Giant.
Nak beli daging, nak masak kari. Sure papa suka sebab dia duka kari daging yg daku masak
Nak buat sampai kering

Daku nak makan Ipoh Hor Fun duluk sebelum balik
Pi Giant sokrang2 ler

Thursday, July 2, 2009

Makan Sedap

Smalam daku pegi amik hubby terus dr opis
sampai je sana, dia kata lambat lagi
daku pun lepak pastu g jenguk kawan sat kat batu 3

amik papa kol 8pm
pastu daku dan papa makan kat Restoren Desa Paku

Sedap giler masakan dia

Wednesday, July 1, 2009

Suamiku Marah

Semalam lepas keje daku g jemput hubby
sepanjang jalan daku tgk dr Puchong ni mmg jem teruk, nasib baik le daku tak terlibat dalam jem tu

sampai tempat keje hubby daku pelan2 gtau dia ajak g beli barang dapo, tapi bukan kat Puchong
Kat Shah Alam- Hubby jenis tak suka tukar2 tempat walau apapun, tempat beli barang atau tempat makan ke pabende, dia suka satu, satu tu je la..

Daku gtau dia kat Puchong jem teruk.. so dia pun ok jer
bila dah abih beli barang kami nak makan kat Chicken Rice Shop
Masuk je budak dalam tu kata

"Troley letak luar "

Hubby terus pusing balik dan keluar dr kedai sambil kata
"Makan pun kat luar "

Daku tercengang2, igtkan dia nak makan kat meja di luar, rupa2nya diaterus blah kuar dr tesco

hahahaha dia dah marah le kat org tuh.
Sudahnya kami makan kat restoren di Batu 3
Tempat kami dating ms mula2 kenal dulu...

Nor Aneesa Binti Shahrul Anuar



Nama ni dipilih oleh kakak dan abang kesayangan dia..

Anak yg kuat sebab sepanjang peknen mak dia asyik naik bas ulang alik balik kampung

Ni la anak buah den yg baru

Yang beratnya 3.6kg amboi amboi...


Lahir normal 26 June 2009..