Tuesday, July 21, 2009

Manusia yang Alpa

Daku terfikir ada manusia yang leka di ulit duniawi.. sibuknya mereka mengejar kekayaan dunia, kemewahan dan kebanggaan dunia.. Sehingga ada di antaranya yang berlumba-lumba untuk menyakitkan hati insan lain walaupun insan tu langsung tak ada kaitan jauh sekali melakukan dosa pada mereka..

Bila daku terbaca... daku jadi jatuh simpati pada mereka yang bermasalah dan terus terusan menjerumuskan diri dijebak masalah itu bersama golongan yang bermasalah sepertinya
Kasihan..

Sebab tu la orang tua-tua pesan.. kalau berkawan dengan anjing, akan terikut-ikut perangai anjing..
Ada kebenarannya kerana daku selalu berforum dengan kawan-kawanku di SPM, kami berkongsi kisah kehidupan dan kebahagiaan bersama suami dan cahayamata..
Apa yg kami miliki kami kongsi kegembiraan bersama teman-teman yg kami sudah anggap seperti adik beradik

Walaupun daku belum pernah jumpa kesemuanya dengan mereka, daku dapat merasakan ketenangan hati dan kehidupan yang makin bermakna dengan dorongan dan sikap kami yang saling ingat mengingati dan memberi sokongan antara satu sama lain

Berlainan sekali dengan yang daku terbaca.. sungguh kasihan kerana yg memberi nasihat adalah sokong membawa rebah.. makin rebah dan hanyut la di antara teman-teman mereka...

Mintak lah dijauhkan insan-insan seperti ni..
Bukankah andai ada masalah kita kembali pada Allah kerana setiap ujian dan dugaan yang Allah beri adalan tanda kasih sayang Allah buat kita??

Erm... Alhamdulillah dalam kelompok kehidupan dan persekitaranku tiada insan seperti ini
Mintak dijauhkan dari kehidupanku ... dan sahabat-sahabatku
Amin..