Pagi tadi kul 4.30 pagi camtu aku mimpi aruah mak
aku mimpi mak mati
sedihnya aku rasa.. bila tersedar baru aku tau mak memang dah lama tak de
Tetiba hubby bangun, dia macam baru tersedar dari mimpi
pastu dia bagitau apa yg dia mimpi..
Aku pun terpikir pasal mimpi dia tu..
Moga2 semua tu bawa kebaikan.. pada org yang dia mimpi..
Wednesday, November 25, 2009
Hrm.....Mimpi
Posted by Aqyra Cintaku at 9:13 AM
Saturday, November 21, 2009
Aku Menangis di waktu Subuh
Semalam.. Jumaat
Bila aku buka mata ada sesuatu yang biasa berlaku setiap hari tak berlaku
Entah kenapa aku jadi panik
Dan terus menangis
Aku tengah iron baju, suami mandi
dia masuk bilik sambil nyanyi2 kemudian terkejut tengok aku nangis
Kenapa Ma?
Dia terkejut
Aku terus bagitau apa yang aku rasa
aku nak pegi hospital lepas hantar dia g keje
Tapi bila dah sampai ofis
Alhamdulillah.... semuanya back to normal..
Posted by Aqyra Cintaku at 10:58 AM
Monday, November 9, 2009
Sibuk Sangat
Dalam keadaan diri ku yang macam ni.. daku memang tak larat nak buat semua keje
Kat opis punya la sibuk nak siapkan keje
Boss daku ni pulak ada macam2 projek nak buat... semua new product
So memang banyak sangat proposal yang daku kene wat...
Tak apalah sekurangnya daku rasa puas bekerja
Lepas keje kene amik en Suami yg manja tu pulak
Tapi Alhamdulillah
Bila balik ke rumah daku jadi permaisuri sebab semua keje umah daku tak payah buat
Sampai nak cuci pinggan pun dia tak bagi..
Daku balik rehat dan baring je
Paling tidak dakulipat baju je la
Gosok baju pun tak lagi...
apatah lagi daku macam dah lama tak pakaikan stoking untuk en Hubby...
kesian dia kene pakaikan sendirik... kene cari sendirik stokin...
Ermm kene lah belajar dr sekarang sebab diriku makin sibuk dan penat
Bila aku renungkan rasa rugi pulak kerana kesibukan duniawi aku banyak kehilangan pahala... melayan suami...
Aku ingat lagi pesan mak... segelas pun bagi suami air akan gugur semua dosa sehari...
apatah lagi apa yg aku buat selama ni... aku berharap Allah memberiku kesempatan lagi selepas ini untuk melakukan semula apa yg telah pernah aku lakukan dan layanan pada en suami...
Posted by Aqyra Cintaku at 7:39 AM
Lama Tak Updet
Hrmmm... Lamanya tak update blog ni
dah bersawang nampaknya
pejam celik bulan Oct langsung tak masuk
Daku terlalu sibuk dipejabat dan jugak di rumah lately
Sibuk dengan kesihatan yang kurang baik...
dan jugak urusan keluarga daku dan keluarga mentua...
Macam2-macam aktiviti terutama masa raya ari tu...
Hmmm cepat sungguh masa berlalu hinggakan daku baru sedar dah hampir setahun putera kesayanganku Aidil meninggalkan aku
Rindu pada dia memang terasa apatah lagi masa raya gi melawat kubur dia
nampak pusara dia bersih..
Rupanya sepupu dia si Ijoy yang bersihkan sebelum kami pergi
kami terserempak Ijoy di tengah jalan..
Lepas tu g kubur Along..
Bila balik ke kg aku melawat lak pusara aruah mak dan Pak..
Hermm semua insan yg aku sayang telah disemadikan buat selama-lamanya
terkadang daku rasa kesepian di dunia ni...
Rindukan Mak... lately setiap malam mimpi mak..
Alhamdulillah aku dikurniakan suami yg penyayang dan mentua yang baik....
Syukur sangat
Dapat lah aku habiskan sisa hidupku dengan kebahagiaan .. sementara menanti tiket buatku....
Kepada Allah aku bermohon agar kami diberi kesempatan dalam kedihupan yang bahagia sementara pelayaran berlabuh..
Amin..
Posted by Aqyra Cintaku at 7:31 AM
Wednesday, September 16, 2009
Merajuk Lagi
Semalam aku merajuk lagi dengan en suami
Tapi aku rasa amat rugi kalau merajuk sebab banyak aku terlepas moment2 penting dalam perjalanan hidup aku seharian
Kalau tgk TV aku suka sandar kat dia
Kalau nak tido, aku nak main telinga dia
Kalau nak makan aku curi lauk dalam pinggan dia
Kalau nak buat apa pun semua ada je yg memerlukan dia
Bila merajuk je semua tu tak dapat buat
Semalam terjaga tgh malam, aku mimpi aku kuar dr ofis tapi hubby takde tunggu aku kat luar..
Aku jadi sedih.. sedar2 hubby tgh tido kat sebelah
Aku sedih sekali....entah kenapa aku amat sensitif sangat
Sikit2 tersinggung...
Posted by Aqyra Cintaku at 1:26 PM
Penipu dan Pendusta
Sejak dua menjak ni daku jadi keliru dengan hamba Allah yang sorang ni..
Aku cuma minta pada Allah beri hidayah kepadanya supaya tidak meneruskan kata-kata nista dan suka bercakap bohong..
Alangkah simpatinya aku pada dia kerana dek nak memuaskan hati yang rawan, dia amat sanggup mereka cerita, memfitnah aku dan suamiku..
Apabila cubaan untuk membuat aku benci pada suami tidak pernah menjadi sejak bertahun lama.. kini dia cuba pula untuk memburuk kan nama aku.
Bercakap bohong itu akan membawa kepada munafik
Di bulan Ramadhan yang mulia ini, berpuasa tapi mengata org tak habis2
Alhamdulillah
word ini lah yg aku ungkapkan selalu apabila kata2 nista itu keluar dr mulutnya
Ia turut membenarkan kata-kata suamiku yg cukup mengenali dia dan keluarganya yang memang terkenal dengan 'mulut laser' dan suka mengata orang
Tanpa dia sedar anak2 mengikut jejak langkahnya
Kasihan dan belas aku tengok.. apabila sepanjang kehidupan asyik menuding jarinya kesana kesini
Aku tak pernah hadir dalam hidupnya apatah lagi mengacau dia tapi dia ...
Amat sedih aku tengok.. asyik memberi aku pahala percuma
Amin.....
Posted by Aqyra Cintaku at 1:18 PM
Monday, August 24, 2009
Ramadhan Datang Lagi
Alhamdulillah
masih berkesempatan menraikannya
Dan tahun ini amat bermakna kerana aku lebih bertenaga berpuasa
Lebih bersemangat dan lebih rajin untuk masak
Sebab tahun lepas daku baru habis sanding
Dan pulak tgh mabuk peknenkan Aidil masa tu
Tahun ni lebih bermakna ku rasa
Alhamdulillah daku dan hubby dapat menjalan kan ibadah dengan tenang
Amin..
Posted by Aqyra Cintaku at 10:46 AM