Saturday, June 27, 2009

Orang Baru

Semalam daku dah lena...
En Hubby lak asyik dengan internet, tatau le mende ape yang dicari di dalam tu..
Telefon daku bunyi ... hubby amik bagi kat aku dan dengar abang aku yg kol
Yey!! Dia dah dapat orang baru 26 June 2009.
Dapat baby gurl... kak ipar nak sgt baby boy, boleh temankan asyraf.. tapi Asyikin dan baby gurl.. Daku tanya berapa berat? abang aku memang le tak ingat apa...
Dia soh daku cakap dengan Asyikin. Kak Kin kata 3.5kg
boleh tahan beratnya... musti comel
Buat daku rasa nak terbang balik kampung tenyeh pipi baby dan cium kepala yg sure bau baby..
Erm... apakan daya... tak dapat balik sebab doc nasihat daku tak leh travel jejauh..

Suka nak cium baby

Sepatutnya baby abang aku tu sebaya dengan Aidil yg tua 2 bulan darinya
Tapi Allah sayangkan Aidil...

Erm... daku tak leh terus igtkan Aidil cenggini sebab daku redha dengan pemergian Aidil..

Wednesday, June 17, 2009

Sabar dan redha

Demi menurut kata suamiku, aku redha dan sabar atas segala penderitaan yang aku alami
Adikku pun kata sabar dan selawat banyak-banyak

Sejak tu, aku jarang tangisi penderitaan ku
dalam solat aku berdoa agar Allah kuatkan semangat aku untuk teruskan hidup
Bila kenangkan balik, aku dah lalui macam2 dugaan dan banyak sakit yg benar2 membuat aku tersiksa
Apalah sangat dengan dugaan macam ni
Aku sabar, selawat dan berdoa agar Allah kurangkan sakitnya..

InsyaAllah.. Amin..

Tuesday, June 16, 2009

Sakit Gusi

Semalam daku nangis sokrang-sokrang, terasa semua gusi ku sakit, Sakit yang terlampau..
Daku call hubby gtau tak tahan sambil nangis teresak-esak
Dia tgh drive plak, tak sempat nak layan daku, Daku terus kan menangis
Kejap lagi dia kol pujuk daku supaya sabar..

Daku terlena lepas tu, beberapa ketika daku terasa ada org cium lengan daku, abang rupanya dah balik, tak sedar pon, dia tak bagi aku bangun dan suruh daku terus tido supaya daku taks kait lagi..

Sampai la ke pagi daku lena
Ya Allah, besar sungguh rahmatmu kurangkan sakitku
Pagi ni papa buat air penawar, memang selalu dia wat kalau aku dalam kesakitan yg teramat sgt
Aku bawak g opis dan minum je
Tghari ni daku rasa sakit makin hilang dan Alhamdulillah dah banyak kurang

Tuesday, June 9, 2009

Malam ni Masak..



Daku dah lama tak masak, dapo tak berasap
malam ni daku rasa nak masak spesel untuk En Hubby
daku g pasar tani beli udang besar (sekilo RM 38.00) dan ikan jenahak
ni la masakan daku malam ni
tgh boring tunggu en hubby balik..
Lambatnya...

Air Air Air






Dalam perjalanan kami singgah kat highway SILK
Daku tanya hubby, dia kata tu area Semenyih,
Dia singgah ambik air mata air

Ais Kepal.Slrpppppppppppp




Masa nak balik ke KL, daku rasa teringin sangat nak makan ais kepal. Korang tau tak cemana ais kepal tu? Ais yang disagat lepas tu boh sirap merah saja, yang perang takmo tau!!

Puas satu Gemencheh En Hubby cari tak jumpa, sampa ke Jolai, tak cukup tu sampai ke Gemas, Sungai Dua mende lagi tah .. takde satu pun jumpa orang jual ABC

MIL kata kat Felda Rokan tu ada, malangnya aritu ramai sgt org wat kenduri, so kedai tak bukak..
Erm.. daku rasa nak nangis sangat

Dalam perjalanan balik kami singgah di 3 gerai tepi jalan yang ada mesin ais tu.. tapi mana ada jual ABC..
Akhirnya sampai kat KOTA, kami jumpa satu gerai tepi jalan yang ada mesin sagat ais tu, pasti ada ABC. Bila dah benti, budak tu tak tau lak ais kepal tu mende, nak buat cemana pun dia tak tau... En Hubby pun mengajar budak tu cemana cara buat ais kepal.. dan hasilnya.. hehehe. puas sungguh daku makan ais kepal haritu

Nisan Untuk Aidil




Haritu masa balik kampung, daku dan hubby sempat tempah nisan untuk Aidil. Daku ingat terus boleh beli nisan, rupanya kene tempah dulu sebab nak buat nama bagai.

Nampak gayanya kenelah tunggu dua tiga minggu lagi dan balik lagi untuk pasang nisan untuk Aidil
Ni ada daku amik gambar En Hubby tengah bersihkan pusara Aidil..

Erm.. sayu hati tgk pusara anakku ini, tak sempat dia merasa kehidupan di dunia..
Tapi tak apa sebab kasih sayang Allah pada Aidil... kini telah menanti kami suami isteri di syurga

Monday, June 8, 2009

Balik Kampung

Sabtu 6 Jun Cuti..
Balik Kampung
JUmaat tu dah kol MIL bagitau dia nak balik, tanya dia nak makan apa?
dia kata belikan pisang dan lauk ikan (takmo ikan tenggiri)
Daku bawak balik ikan merah ada lebih kurang 3-4 slice.
Perjalanan jadi lambat sebab asyik kene benti daku nak muntah
Pastu sampai Nilai jalan jem giler
Hubby masuk jalan bawah sampai la ke Seremban

Daku jadi penat, kami singgah makan kat PEDAS
makan sikit sebab panas daku tak lalu

Sampai je ada ramai org umah MIL
rupanya sepupu hubby dr Seremban yg singgah jenguk MIL

Cuaca amat panas even kat kampung
daku jadi penat terus baring kat sebelah MIL
daku memang teruk kan? selambe je lepak situ
tak peduli dah kat hubby daku

kadang dia macam jenguk2 apa yg daku bual dengan MIL (sibuk la tu)