Saturday, May 30, 2009

Rajuk

Hari khamis kami keluar awal pagi sebab sedara hubby bawa buah mangga untuk aku le... Dia minta kami tunggu di tepi highway sungai besi.
Pukul 5pagi kami kuar dan tunggu di sana

Aku langsung hantar hubby pegi opis dia di sebelah KLCC.
Masa balik entah cemana fikiran aku bercelaru, aku tersesat jalan..
merepek je aku bawak kereta sampai ke setapak

Daku sms bagitau hubby daku sesat
Dia call balik marah2 daku
Daku terkejut dan sedih.. daku terasa sangat dengan kata-katanya..
apa salah daku sampai dia marah aku macam tu
terus terasa dan tak jawab sms dia
sampai la ke malam dia balik.. aku masih merajuk
Yang pastinya suami aku memang tak pandai pujuk...
Dia memang tak tahu cemana nak pujuk daku sampai la daku baik sendiri

PAgi tadi daku berterus terang dengan dia dan dia minta maaf..
Dia tak sangka kata-kata dia boleh mengguris hati aku yang kecil ini..
Sampai aku menitiskan air mata

Mana lah aku tak terasa
Dia tak pernah bercakap nada yang tinggi atau marah aku
Tapi aku jadi sedih bila dia caka agak tegas..
Entah lah.. aku ni sensitif sangat ke atau memang aku ni manja
Sejak aku jadi isteri dia, dah cair kekebalan hati daku ini..
Aku jadi begitu halus perasaan.. dan cinta itu membuat aku mahu sentiasa dilayani dengan baik...

Sunday, May 24, 2009

Deodorant..& Pasungan Cinta..

Pagi tadi saja la daku nak manjakan suamiku
Aku nak pakaikan deodorant untuk dia.
Dia lari satu rumah...dengan alasan malu aku tolong pakaikan
Hubby: "Abang boelh pakai sendiri"
Daku: Ala.. apa salahnya sayang pakaikan..
Hubby: Takmo.. malu..
Daku: Kita cubalah nanti abang rasa seronok, macam pakai stokin dulu
Hubby: Abang tak nak.. nanti kalau sayang takde abang taktau pakai..

Daku paksa suamiku angkat tangan dan daku letak deodorant walaupun dia agak tak nak .. tak rela..

Erm... tu lah tujuan aku yang asal..
Daku nak buatkan semua untuk dia, sampai dia rasa tak reti buat apa bila daku takde... Tu antara ilmu pasungan cinta yg aruah mak ajar dulu..
Cara mengikat hati suami..

Daku tak mungkin dapat jadi sekuat ibuku, tapi daku akan cuba sebaik mungkin.. menjaga insan bernama suami.. seperti yg daku dengar ceramah agama semalam.. Seorang wanita yang menjaga suami dengan baik, menjaga Allah dan RAsul, dia boleh pilih nak masuk syurga dari pintu yang mana dia suka...

Erm... bayangkan.. indahnya hari2 buat pahala...

Saturday, May 23, 2009

Abangku Datang

Semalam abang, kakak ipar dan anak2 buah datang umah

daku masak special utk mereka

En Suami pulak baliknya lambat
kami tunggu dia nak makan sekali

Kol 12 lebih baru tido
bila jam bunyi daku rasa macam baru je daku tido

ahh malasnye nak keje harini
Kene tinggalkan abg dan kak ipar kat umah
Daku g keje...
Sian depa..

Friday, May 15, 2009

Muntah... Muntah....Muntah

Muntah...Muntah

Semalam daku muntah teruk
gara-gara tak mahu amik ubat tahan muntah
sampai ke malam aku muntah

apa nak buat..
so harini aku makan la ubat tu
dan hasilnya..
aku tak muntah

Thursday, May 14, 2009

Lauk Lain...




NI lauk lain yg aku masak semalam...

Lulus Walaupun Pertama Kali


Aku Lulus Ujian walaupun pertama kali buat masak lemak cili api!!!


Hahahahahaha Bangganya apabila suamiku rasa dia kata Ermmm!!! Sedap!

Jadilah sayang buat

Buat pertama kali aku cuba masak masakan yg aku rasa sukar sebab bg org N9 masak lemak cili api ni memang la pakar, cara masakan dia lain dr negeri lain.

Di Kampung aku cara masak pun lain dan bila rasa yg N9 punya tak boleh lawan la kesedapannya. Diakui sendiri oleh saudara mara aku waktu suamiku berkunjung kesana dan masak ni (masa tu belum kawen lagi) Habis seperiuk diorang belasah. Sepupu aku ketika tu dtg ke rumah makan malam bersama.. Canang satu kampung bakal suamiku pandai masak...

Semalam aku jadi berani nak cuba masak cara N9. Aku mintak abang ajarkan..Dia ajar melalui telefon jala.. Yang lain-lain aku agak-agak jer

Ni lah hasilnya yang berjaya membuatkan suamiku makan nasik 3 pinggan

Puas Makan











Erm... Semalam balik keje daku singgah kedai dekat umah
Nampak buah rambutan... Ermmm sedapnya
Pastu daku beli pulak buah mangga muda dua bijik
Puas betul daku makan cicah dgn kicap+gula

Tuesday, May 12, 2009

Tak Tau Nak Masak Apa

Sejak Dua menjak ni aku macam ketandusan idea tak tau nak masak apa
Semalam beria nak masak sambal sotong
sudahnya tak sedap

Bengang betul dgn aku sendiri
Buat sayur bayam, Papa balik tolong goreng ikan
Apapun sambal sotong tu habis jugak sebab aku bawak bekal harini

Malam ni tak tau nak masak apa
Bengang dan Bengap.. Huhuhuhu

Monday, May 11, 2009

Cuti

Dua hari cuti aku rasa puas sangat berehat

Kami tak kuar pi mana pon.. sabtu tu papa balik pagi sebab jumaat malam dia stayback, dia balik kul 10 lebih
Daku pening kepala tak boleh nak bangun, tapi gagahi masak nasik utk lunch

Daku masak kari daging+kentang

Makan kenyang kami sambung tido lagi waktu petang, papa nampak penat sangat..

Ahad pun sama, daku buat bekpes, nasi goreng dan bihun goreng (banyak nye menu, padahal dua org jerk)

pastu aku masak sambal sardin, goreng ikan dan terung

sedap....

lepas makan lepak tgk tv

Papa kata mama banyak tido, sampai dekat 36 jam
Daku bukan tido..daku baring jer... bukan lena pun...

Puas hati aku dapat rehat begitu
Pagi ni daku bangun sakit bahu.. salah bantal agaknya..

Thursday, May 7, 2009

Call From Mr Hubby

Aku terasa pelik bila dapat call dari Papa
sebab sejak kami nikah papa jarang call, kalau ada hal penting dia akan SMS saja
terutama ketika waktu aku keje
Dia memang tak suka ganggu aku sedang keje

Tapi tadi aku dapat call dr Papa...
Semalam masa balik keje pun dia call jugak

Agaknya papa risaukan aku agaknya...

Hari Yang Aku Harus Tabah


Aku tak berapa sihat

Aku tak buat apa pun keje umah

semua keje abang yang buat

termasuklah iron baju aku, kesian abang

semalam aku gagahkan diri masak sambal ikan bilis

abang balik masak lagi sambal sardin..erm.. sedap

tapi aku mcm tak peduli apa yang berlaku selain dari rasa nak rehat..

harini pun lemau jerk, tapi aku igt sabtu cuti, aku gagahkan datang keje, esok sehari je lagi, sabtu ahad aku nak rehat bebetul...

Monday, May 4, 2009

3 May Hepi Anniversary

Mama pulak menikmati fresh orange... melampaunya...
Ermmmm serius nyaaa

Papa tengah masukkan steamboat-..ermmm yummy!!!







Dah setahun aku bergelar isteri kepada Mohd Anuar
Serasakan baru saja kami diijabkabulkan

Demi menyambut ulangtahun ini, aku yang tak larat sebenarnya tapi memandangkan abang ajak kuar, aku kuar jugak g Summit
Tak lain tak bukan nak makan steamboat
makanan kegemaranku
Macam biasa aku pesan dgn abg, jangan order mende lain takut stimbot tak habis
aku bukan larat makan sokrang

Sedangkan sebenarnya bila macam tu aku tak cukup le pulak..
Aduhai.. banyak betul aku makan, sampai tak cukup???
ada gambar tapi belum upload

esok la..

Saturday, May 2, 2009

Harini

Harini 2 May... ermm balik ingat nak masak sambal udang
esok baru nak masak sup

Esok adalah hari ulangtahun pernikahan kami

Wow dah setahun dah... sekejap saja rasa
dah macam2 kami lalui
Alhamdulillah.. bahagia..

1 May Cuti

1 May Cuti
Aku dah sedia utk bangun lambat.. nak tido lama sikit...
Rasa penat sangat

Kejutkan abang bila alarm dah bunyi
Tapi dia asyik tidur balik jer...

sampai kul 6 pun masih guling-guling

erm...
Sudahnya dia kata nak cuti
Aku oklah kalau dia cuti kan best..
Dia kata lapar.. jom kuar
Aku pun apa lagi
Bangun dan mandi, siap-siap

Mula kami g IOI
Aku beli 3 helai baju yg murah2 (RM 10.00 selai)
Abang beli seluar slack

PAstu kami makan2
PAstu terasa nak g TESCO pulak-nak beli barang umah
Pegi je la..
Beli2 barang, kami balik kol 3.30

penatnya.. terus tertido...
Bangun petang kami pegi pasar malam plak

amboi.. asyik kuar jerk.....
aku la nak makan sup tulang, jadi abang pun ajak la aku g beli sementara dia tak keje
Hari ni abang keje
aku nak masak sambal udang dulu esok baru nak masak sop tolang