Saturday, May 30, 2009

Rajuk

Hari khamis kami keluar awal pagi sebab sedara hubby bawa buah mangga untuk aku le... Dia minta kami tunggu di tepi highway sungai besi.
Pukul 5pagi kami kuar dan tunggu di sana

Aku langsung hantar hubby pegi opis dia di sebelah KLCC.
Masa balik entah cemana fikiran aku bercelaru, aku tersesat jalan..
merepek je aku bawak kereta sampai ke setapak

Daku sms bagitau hubby daku sesat
Dia call balik marah2 daku
Daku terkejut dan sedih.. daku terasa sangat dengan kata-katanya..
apa salah daku sampai dia marah aku macam tu
terus terasa dan tak jawab sms dia
sampai la ke malam dia balik.. aku masih merajuk
Yang pastinya suami aku memang tak pandai pujuk...
Dia memang tak tahu cemana nak pujuk daku sampai la daku baik sendiri

PAgi tadi daku berterus terang dengan dia dan dia minta maaf..
Dia tak sangka kata-kata dia boleh mengguris hati aku yang kecil ini..
Sampai aku menitiskan air mata

Mana lah aku tak terasa
Dia tak pernah bercakap nada yang tinggi atau marah aku
Tapi aku jadi sedih bila dia caka agak tegas..
Entah lah.. aku ni sensitif sangat ke atau memang aku ni manja
Sejak aku jadi isteri dia, dah cair kekebalan hati daku ini..
Aku jadi begitu halus perasaan.. dan cinta itu membuat aku mahu sentiasa dilayani dengan baik...