Tuesday, August 26, 2008

21.08.08

Sekembalinya ke KL lepas majlis persandingan
aku rasa diriku amat lemah
tak berapa sihat dan rasa lain macam
mulanya rasa macam ni mungkin sebab keletihan semasa menguruskan majlis perkahwinan
21 Ogos, pegi klinik dan buat check up

Doctor mengesahkan aku telah mengandung
Alhamdulillah.. syukur tak terhingga pada Allah

Kandunganku berusia lima minggu masa tu

Suami amat gembira
dan mulai hari tu dia amat prihatin dan kasihkan ku
Tak bagi buat apa pun kerja umah, semua dia yg buat
dan menjagaku penuh kasih sayang

ermm best juga jadi org peknen ni
tapi ... aku alami alahan yang teruk
loya, pening dan muntah setiap ketika

sabar .... dugaan untuk menjadi seorang ibu..

Majlis Persandingan Kami












Pada 16 Ogos 2008




Majlis Persandingan kami berlangsung dengan meriah sekali




Tetamu yang ramai datang x menang tangan dilayan




Semua saudara dan org kampung beri komitmen yang padu








Aku bertungkus lumus siapkan kerja2 akhir utk menjayakan majlis ini




dan gamba2 kenangan di hari bahagia kami






Saturday, August 9, 2008

9.8.08

Harini tak sabar dah
sebab lagi seminggu saja majlis persandinganku
So amat berdebar hatiku ini

petang ni akan balik kampung dengan abang
kami bawa banyak barang2
harap sampai dengan selamat

8.8.08

Hari ni adalah hari yang amat bermakna buat aku
sebab :

1. Tarikh yg sangat baik
2. Drama aku kuar kat TV2- Tajuk Titik Terakhir
3. Adik dah bagitau dia dapat balik untuk kenduri

Erm...

Hepi sgt...
harini siapkan keje untuk minggu terakhir sebelum g cuti panjang
yahuuuuuuuuuuuu

Thursday, August 7, 2008

Hari Yang Tak Best

Sejak semalam aku rasa x best sebab adik takd apat balik kampung..
Sedih dan sebak
bila balik umah.. abg buat tak tahu saja


Malamnya aku loya dan muntah
Abang buat dek..
tak tau la kalau perasaan dia terganggu tapi aku amat berkecil hati
sebab sebelum ni dia tak macam ni

Sedih dan sebak..
Sampai ke hari ni
Apalah nasibku..

Monday, August 4, 2008

Kari kepala ikan


Malam ni abang masak kari kepala ikan (tenggiri)

sedap betul makan..

Weekend Yang Sibuk

Weekend ni satu2 nya kami terlalu sibuk, sebab abg dtg dr kampung
kami menguruskan kakak ipar mendaftar di sekolah di Ulu Langat

Apa lagi kalau dah pergi tempat buah-buahan
Makan durian, rambutan, manggis dokong

sedap sgt
dari khamis sampai ahad asyik berjalan-jalan dengan mereka

rasa sungguh seronok.. sebab selama ni kami berdua ja
apabila ramai dengan family rasa meriah..

Last2 balik semalam penat sgt..
tapi tak nak ikutkan hati.. terus cuci pinggan mangkuk, cuci baju.. dan kemas rumah
walaupun abang terbaring kepenatan..

Rasa lega bila tengok rumah kemas dan rapi..