Thursday, July 9, 2009

Along Dah Tak De

Senin lepas daku dengan penuh semangat nak g opis sebab daku ada bawak bekal byk buah-buahan yg dibeli di Giant hari sabtu tu..

Sampai je dekat area opis, adik suami (Man) kol bagitau along tengah nazak
Kami patah balik, bergegas balik ke N9.
Sampai je daku kesian tgk along yg bertarung dengan nafasnya nak bernafas..
Daku cakap kat hubby, jom bawak along g spital, at least doc leh bg oksigen dan tambah air
MIL berkeras tak nak bawak, kami pujuk dia hingga dia setuju

Daku dan hubby g hospital dulu panggil ambulan datang bawak along
Sampai kat spital, Along dibawa masuk ke Emergency Room..setelah doc check doc suruh bawak balik sebab doc kata Along dah tak lama lagi

Daku kesian dengan MIL dan Angah yg rapat dengan Along sebab depa yg jaga Along masa sakit
Akhirnya kol 6.50pm Along melepaskan nafas terakhir sengan susah payah, meninggalkan dunia yg fana
Daku terkenang detik daku hadapi semasa ibu meninggal dulu. Kesian daku pada MIL. Daku peluk MIL, dakap dia erat agar MIL redha dengan pemergian Along. Allah pun sayangkan Along, dia tersiksa tak lama. Nazak pukul 6am sampai 6.50 pm Dah kembali ke Rahmatullah

Ini merupakan kematian kedua dalam keluarga hubby setelah pemergian Aidil bulan doblas tahun lepas iaitu anak aku le ..

Sebelum ni hubby kata depa belum penah rasa pemergian org tersayang
Beza sgt dengan aku
Kisah hidupku penuh kepedihan dan kehilangan