Monday, September 22, 2008

10 Weeks

Masuk minggu ni buah cinta kami telah berusia 10 minggu dalam kandunganku
Alhamdulillah..

Walaupun aku mengalami alahan yang teruk, aku amat bersyukur kerana semuanya aku mulai dengan bulan yang mulia..

Esok aku dan abang akan ke klinik untuk buat kad merah
Rasa berdebar sebab ni kali pertama

Sebelum ni kerapkali aku ke klinik swasta sebab alahan yang teruk ni
Doc ada bagi ubat, aku makan ubat angin, supaya nak elak muntah
Namun ianya tak berkesan jugak sebab aku mmg akan muntah jua..

Dengan pengalaman ini, aku rasa ianya adalah pengalaman paling mahal sepanjang aku menjalani kehidupan dumuka buni Allah ini..
Aku merasai betapa nikmatnya bakal menjadi ibu..

Nyata kasih sayang suami makin bertambah
Dan aku amat manja kini..
Adakalanya mabuk dan alahan ini buat aku rasa bersalah pada abang
Aku seakan kurang memberi layanan padanya

Alhamdulillah kini aku macam dah biasa dengan alahan ni, dan aku cuba menjadi isteri dan ibu yang baik buat insan-insan yang amat aku sayangi