Saturday, August 8, 2009

Papa Mesti...

Semalam daku dah siap ambil hand bag nak kuar umah.
Hubby tengah sikat rambut..
Daku tgk hubby mcm masih tak nak kuar umah dan masih tercari-cari sesuatu.

Baru daku perasan dia cari stokin dia
Ya Allah... daku terlupa ambik stokin dia..
Kelam kabut daku letak beg dan masuk bilik cari stokin..
Aku keluar dan lap kaki dia kemudian pakaikan stokin utk dia
Tergerak di hati aku nak pesan
Nanti abang kene la pandai-pandai uruskan diri abang sendiri
Kalau kita dah ada anak nanti, mama kene uruskan baby lagi pepagi, mungkin mama tak sempat lagi nak sediakan pakaian utk papa, dari hujung rambut sampai hujung kaki macam sekarang ni..
Sampai UW dia pun daku kene sediakan, kalau tidak habis dia punggah almari cari UW dia.. Ermm semua baju cari tak jumpa, so mengelakkan dari kucar kacir almari daku, daku siapkan sesiap berseterika supaya dia tak sentuh almari

Hubby bukan lah jenis pemalas, malah memang tugas dia cuci dan seterika baju..
Tapi mungkin kerana sudah terbiasa sejak perkahwinan kami daku yang sediakan segalanya untuk dia, dia dah jadi manja... dan semua nak harapkan aku buat untuk dia..

Semalam pun sama.. cari baju T dia, sedangkan daku dah gitau ada sangkut kat dalam almari
Senyap je dia dok lelama dalam bilik, daku jadi bimbang.. silap2 habis dipunggahnya baju satu almari.. Daku masuk tgk dia tercari-cari dalam drawer.. padahal dalam drawer tu tempat daku simpan tudung... Daku tgk baju tu elok je tergantung dalam almari.. Erm... cemana dia kata tak ada.. sure tak nampak ni..

Berbalik kepada pesanan daku tadi..
Hubby terus kata alah.. sebelum kita kahwin abang buat sendiri semua..
Daku balas balik.. itu dulu...sejak abg dah nikah dengan mama, abang dah terbiasa macam ni.. So just nak pesan... abang kene pandai urus diri sendiri...

Hubby daku senyum ja...