Saturday, May 30, 2009

Rajuk

Hari khamis kami keluar awal pagi sebab sedara hubby bawa buah mangga untuk aku le... Dia minta kami tunggu di tepi highway sungai besi.
Pukul 5pagi kami kuar dan tunggu di sana

Aku langsung hantar hubby pegi opis dia di sebelah KLCC.
Masa balik entah cemana fikiran aku bercelaru, aku tersesat jalan..
merepek je aku bawak kereta sampai ke setapak

Daku sms bagitau hubby daku sesat
Dia call balik marah2 daku
Daku terkejut dan sedih.. daku terasa sangat dengan kata-katanya..
apa salah daku sampai dia marah aku macam tu
terus terasa dan tak jawab sms dia
sampai la ke malam dia balik.. aku masih merajuk
Yang pastinya suami aku memang tak pandai pujuk...
Dia memang tak tahu cemana nak pujuk daku sampai la daku baik sendiri

PAgi tadi daku berterus terang dengan dia dan dia minta maaf..
Dia tak sangka kata-kata dia boleh mengguris hati aku yang kecil ini..
Sampai aku menitiskan air mata

Mana lah aku tak terasa
Dia tak pernah bercakap nada yang tinggi atau marah aku
Tapi aku jadi sedih bila dia caka agak tegas..
Entah lah.. aku ni sensitif sangat ke atau memang aku ni manja
Sejak aku jadi isteri dia, dah cair kekebalan hati daku ini..
Aku jadi begitu halus perasaan.. dan cinta itu membuat aku mahu sentiasa dilayani dengan baik...

Sunday, May 24, 2009

Deodorant..& Pasungan Cinta..

Pagi tadi saja la daku nak manjakan suamiku
Aku nak pakaikan deodorant untuk dia.
Dia lari satu rumah...dengan alasan malu aku tolong pakaikan
Hubby: "Abang boelh pakai sendiri"
Daku: Ala.. apa salahnya sayang pakaikan..
Hubby: Takmo.. malu..
Daku: Kita cubalah nanti abang rasa seronok, macam pakai stokin dulu
Hubby: Abang tak nak.. nanti kalau sayang takde abang taktau pakai..

Daku paksa suamiku angkat tangan dan daku letak deodorant walaupun dia agak tak nak .. tak rela..

Erm... tu lah tujuan aku yang asal..
Daku nak buatkan semua untuk dia, sampai dia rasa tak reti buat apa bila daku takde... Tu antara ilmu pasungan cinta yg aruah mak ajar dulu..
Cara mengikat hati suami..

Daku tak mungkin dapat jadi sekuat ibuku, tapi daku akan cuba sebaik mungkin.. menjaga insan bernama suami.. seperti yg daku dengar ceramah agama semalam.. Seorang wanita yang menjaga suami dengan baik, menjaga Allah dan RAsul, dia boleh pilih nak masuk syurga dari pintu yang mana dia suka...

Erm... bayangkan.. indahnya hari2 buat pahala...

Saturday, May 23, 2009

Abangku Datang

Semalam abang, kakak ipar dan anak2 buah datang umah

daku masak special utk mereka

En Suami pulak baliknya lambat
kami tunggu dia nak makan sekali

Kol 12 lebih baru tido
bila jam bunyi daku rasa macam baru je daku tido

ahh malasnye nak keje harini
Kene tinggalkan abg dan kak ipar kat umah
Daku g keje...
Sian depa..

Friday, May 15, 2009

Muntah... Muntah....Muntah

Muntah...Muntah

Semalam daku muntah teruk
gara-gara tak mahu amik ubat tahan muntah
sampai ke malam aku muntah

apa nak buat..
so harini aku makan la ubat tu
dan hasilnya..
aku tak muntah

Thursday, May 14, 2009

Lauk Lain...




NI lauk lain yg aku masak semalam...

Lulus Walaupun Pertama Kali


Aku Lulus Ujian walaupun pertama kali buat masak lemak cili api!!!


Hahahahahaha Bangganya apabila suamiku rasa dia kata Ermmm!!! Sedap!

Jadilah sayang buat

Buat pertama kali aku cuba masak masakan yg aku rasa sukar sebab bg org N9 masak lemak cili api ni memang la pakar, cara masakan dia lain dr negeri lain.

Di Kampung aku cara masak pun lain dan bila rasa yg N9 punya tak boleh lawan la kesedapannya. Diakui sendiri oleh saudara mara aku waktu suamiku berkunjung kesana dan masak ni (masa tu belum kawen lagi) Habis seperiuk diorang belasah. Sepupu aku ketika tu dtg ke rumah makan malam bersama.. Canang satu kampung bakal suamiku pandai masak...

Semalam aku jadi berani nak cuba masak cara N9. Aku mintak abang ajarkan..Dia ajar melalui telefon jala.. Yang lain-lain aku agak-agak jer

Ni lah hasilnya yang berjaya membuatkan suamiku makan nasik 3 pinggan

Puas Makan











Erm... Semalam balik keje daku singgah kedai dekat umah
Nampak buah rambutan... Ermmm sedapnya
Pastu daku beli pulak buah mangga muda dua bijik
Puas betul daku makan cicah dgn kicap+gula