Wednesday, September 16, 2009

Penipu dan Pendusta

Sejak dua menjak ni daku jadi keliru dengan hamba Allah yang sorang ni..
Aku cuma minta pada Allah beri hidayah kepadanya supaya tidak meneruskan kata-kata nista dan suka bercakap bohong..
Alangkah simpatinya aku pada dia kerana dek nak memuaskan hati yang rawan, dia amat sanggup mereka cerita, memfitnah aku dan suamiku..

Apabila cubaan untuk membuat aku benci pada suami tidak pernah menjadi sejak bertahun lama.. kini dia cuba pula untuk memburuk kan nama aku.

Bercakap bohong itu akan membawa kepada munafik
Di bulan Ramadhan yang mulia ini, berpuasa tapi mengata org tak habis2
Alhamdulillah

word ini lah yg aku ungkapkan selalu apabila kata2 nista itu keluar dr mulutnya
Ia turut membenarkan kata-kata suamiku yg cukup mengenali dia dan keluarganya yang memang terkenal dengan 'mulut laser' dan suka mengata orang

Tanpa dia sedar anak2 mengikut jejak langkahnya
Kasihan dan belas aku tengok.. apabila sepanjang kehidupan asyik menuding jarinya kesana kesini

Aku tak pernah hadir dalam hidupnya apatah lagi mengacau dia tapi dia ...
Amat sedih aku tengok.. asyik memberi aku pahala percuma
Amin.....